Peperangan berlaku untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka. Perang ini juga dikenali sebagai Perang Tiga Segi atau Perang Seratus Tahun. Johor menyerang Portugis di Melaka. Johor ingin merampas semula Melaka daripada Portugis. Acheh menyerang Johor. Hal ini kerana perdagangan Acheh tergugat. Acheh menyerang Portugis di Melaka. Ini adalah disebabkan Portugis hendak menguasai perdagangan Acheh. Peperangan berakhir apabila Johor membantu Belanda.